nuffnang

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

Wednesday, June 18, 2014

Halawatul Iman

Assalamualaikum wbt...
Halawatul iman bermaksud kemanisan iman..Sesiapa yang memperolehnya,anggaplah yang dunia ini,kamu yang punya =) ..hahaa..Mereka tidak akan pernah berasa puas untuk melakukan ibadah dan ibadah yang mereka kerjakan  itu In Sha Allah disulami ikhlas..Betapa beruntungnya mereka meraih nikmat sebesar itu..Justeru,walaupun banyak ibadah yang mereka telah lakukan tapi mereka akan berasakan bahawa ibadah yang mereka itu sangat sedikit iaitu perlu ditambah dengan lebih banyak dari hari ke sehari..Mereka juga tergolong dalam kalangan2 manusia yang dahagakan ilmu yang sentiasa mengisi masa dengan melakukan perkara yang bermanfaat seperti menghadiri ceramah agama,kuliah maghrib dll..Pada masa yang sama,malaikat akan memayungi mereka dan redho kepadanya..Kemuncak dah ni,hehe..Terdapat 3 perkara yang mereka perlu lakukan untuk mendapat halawatul iman,antara:
1)Cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala galanya.
2)Mencintai seseorang kerana Allah.
3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampak kedalam neraka.

Dari Anas r.a Nabi SAW..Sabdanya:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ
 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Alhamdulillah..Yeayy,ilmu baru