nuffnang

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

Wednesday, November 11, 2015

Kewajipan menutup aurat.

Assalamualaikum w.b.t



Aurat ialah sesuatu bahagian tubuh badan yang wajib ditutup daripada pandangan ajnabi atau bukan mahram. Lelaki dari pusat hingga ke lutut dan wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. 

Dalil daripada AL-QUR'AN

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Kenapa kita tak boleh istiqamah dalam menutup aurat? Mungkin
1-tidak ikhlas mengerjakan ibadah sebelum ni
2-tiada doa untuknya
3-kurang didikan agama
4-tak sampai seru(hidayah)
5-kurang galakan pemimpin/keluarga/rakan2
Betulkah semua kemungkinan tersebut? Pendapat saya lah, semua tu betul tapi yang semua itu tak akan terjadi kalau diri sendiri tak mahu ubah, tak mahu cuba. Jangan anggap diri tu lemah, kalau lemah mana mungkin dapat menjadi khalifah di muka bumi ni.

Percayalah yang lelaki tidak suka wanita bukan mahram menunjukkan aurat kepadanya. Seriously?? Tapi he suka je, he galakan je ai pakai seksi2, he cakap ai seksi mengacam cikicikiboom gituu. Itu bukan lelaki tu, tapi nafsunya yang sedang berkata kata, belum ditambah dengan hasutan syaitan lagi.

Eleh kau laki, senang la cakap pasal aurat. Kena tutup pusat hingga lutut je pon. Alhamdulillah, kami bersyukur tentangnya tapi kamu semua yang telah menyusahkan kami yakni ketua keluarga. Lihat kamu seperti tersebut secara terangan tanpa menegur telah menarik kami sekali ke neraka Allah nauzubillah. Ketahuilah, pahala mudah tuk anda perolehi kerana setiap aurat yang susah untuk dijaga tersebut dikira, setiap titik peluh yang mengalir itu dikira, seurat rambut yang disimpan itu dikira.

Di sekolah, alhamdulillah boleh memakai pakaian yang menutup aurat. Sebab undang2 dunia tapi kenapa di menara gading tidak macam tu? Sebab undang2 dunia tidak sehebat undang2 akhirat. Lakukannya kerana akhirat bukan kerana dunia. Dunia hanya sementara, hanya jambatan kepada akhirat. Utamakan akhirat, in sha Allah dunia akan menjadi jambatan paling utuh. 

Simpanlah aurat dan mahkotamh untuk orang yang berhak, orang yang layak. It priceless. Mahalkan diri saudari, jangan yakin dan mudah memberi kepada lelaki yang belum pasti. Doa lah supaya dilindungi. Berubah lillahi taala dan diri sendiri. Takutkan azab neraka. Ikuti sunnah Rasulullah SAW. Berbaktilah kepada ibubapa

Jaga diri. Jaga mata. Jaga hati

Wallahualam~

Friday, June 20, 2014

Masuk masjid 1

Assalamualaikum wbt....
Masjid merupakan 'Rumah Allah'..Jadi,kita diwajibkan menjaga tingkah laku dan tutur kata apabila menjejakkan kaki kedalamnya..Banyak fadhilat yang kita peroleh apabila berada didalamnya..Perkara yang boleh kita lakukan untuk memuliakan masjid dan menggalakan kita untuk sentiasa hadir ke masjid bagi menambah pahala serta mengimarahkannya ialah:

Solat Sunat Tahiyatul Masjid:
  • أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةُ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.
  •  Kita melangkah kedalam masjid ketika azan berkumandang..Afdhal tunggu azan selesai,barulah menunaikan solat sunat ini..
  • P\S::Mestilah berwuduk -.-'

Lalat dalam minuman

assalamualaikum wbt...
Lalat merupakan sejenis serangga yang dianggap pengotor kerana suka hinggap di tong sampah,bangkai,longkang,najis dan lain-lain.Tapi,adakah semua spesiesnya pengotor??Tidak geng,lalat buah dan lalat bunga bukan begitu (Y) ..
 Fakta,lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.
Persoalannya,jika lalat terjatuh dalam air kita,apakah yang perlu kita lakukan??Jengg3

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
قَالَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ
ثُمَّ لْيَطْرَحْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً وَفِي الآخَرِدَاءً
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda : "Apabila lalat hinggap dalam minuman salah seorang di antara kamu
maka celupkanlah seluruh (tubuhnya), kemudian angkatlah lalat itu
kerana pada salah satu sayapnya mengandungi penawar dan
yang lainnya mengandungi penyakit.
                          
Jadi,kita tak payah la nak buang air yang telah lalat berenang tu..hehe..Cukuplah sekadar mencelupkannya..Yeayy,ilmu baru

Wednesday, June 18, 2014

Halawatul Iman

Assalamualaikum wbt...
Halawatul iman bermaksud kemanisan iman..Sesiapa yang memperolehnya,anggaplah yang dunia ini,kamu yang punya =) ..hahaa..Mereka tidak akan pernah berasa puas untuk melakukan ibadah dan ibadah yang mereka kerjakan  itu In Sha Allah disulami ikhlas..Betapa beruntungnya mereka meraih nikmat sebesar itu..Justeru,walaupun banyak ibadah yang mereka telah lakukan tapi mereka akan berasakan bahawa ibadah yang mereka itu sangat sedikit iaitu perlu ditambah dengan lebih banyak dari hari ke sehari..Mereka juga tergolong dalam kalangan2 manusia yang dahagakan ilmu yang sentiasa mengisi masa dengan melakukan perkara yang bermanfaat seperti menghadiri ceramah agama,kuliah maghrib dll..Pada masa yang sama,malaikat akan memayungi mereka dan redho kepadanya..Kemuncak dah ni,hehe..Terdapat 3 perkara yang mereka perlu lakukan untuk mendapat halawatul iman,antara:
1)Cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul lebih daripada segala galanya.
2)Mencintai seseorang kerana Allah.
3)Benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampak kedalam neraka.

Dari Anas r.a Nabi SAW..Sabdanya:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ
 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Alhamdulillah..Yeayy,ilmu baru

Friday, June 13, 2014

Sabar =)

           Assalamualaikum,
Berdakwah merupakan suatu kewajipan yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita semua yang bergelar khalifah di muka bumi ini..Jadi,bila mahu mula?hehee..Kesabaran yang tinggi harus tersimpan elok  dalam diri individu yang bergelar pendakwah.   Firman Allah:



إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ


Yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10)..

Sunday, February 10, 2013

mataku ohh mataku...


                          ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH~
 Mata merupakan anugerah,nikmat dan rezeki yg dikurniakan drpd Allah kpd kita..betul?
    Pernahkah kita bersyukur?Pernahkah kita manfaatkannya??Pernahkah kita fikirkan apa kegunaannya??
                                                        Astaghfirullahal'azim X3
Manusia seperti kita terutamanya saya mmg susah utk muhasabah tntg semua ini..Sebab apa??Sebab kita terlalu ghairah,taksub,lalai dan leka dengan nikmat yg diberikan..Tahu apa itu ZINA??tipulah jika tak tahu...kita tahu maksud,kesan dan akibat zina tapi..kenapa kita terlalu suka melakukannya??cuba kita tepuk dada dan tanya IMAN.."kenapa!!"...
                                                      Astaghfirullahal'azim X3
NAFSU??ya!mmg itu puncanya..tapi,bukankah kita dapat mengawalnya??bukankah kita dapat elak dan hindarinya??o0o,baru saya faham...semakin rendah iman,semakin tinggi nafsu..itu hipotesis yg dapat saya temui...bab2 lain,kita boleh gelak dan bersuka ria..tapi,bab agama tak boleh dipandang kecil,remeh dan temeh..kita kena ambil serius kerana ianya berkait dgn AKHIRAT,JELAS bukan?
                              " MATA" merupakan salah satu punca utama zina dan naiknya nafsu kita samaada laki atau perempuan..tak percaya??cuba tengok lelaki\perempuan yg membuka aurat...ada rasa apa2??huh!seronok??ghairah??terangsang??!!ya,memang itulah perasaan yg akan kita dapat apabila naiknya nafsu..sedar tak yg semua perasaan itu dapat jerumuskan kita ke neraka laknatullah??o0o,tahu..tapi kenapa nak buka juga??nak tunjuk dekat siapa??kita jangan jadi MURAH,boleh??nak tunjuk dekat suami\isteri silakan tapi nak tunjuk dekat yg mahram utk apa??haishh...Allah dah kurniakan kita akal,bukan??jadi,apa salahnya jika kita fikir,fikir dan fikir tentang hal ini...
                                                      Astaghfirullahal'azim X3
Di facebook!tweeter!blogger!instagram!ask.fm!frienster!tagged!dan lain2 lagi merupakan pusat penyebaran zina iaitu aurat yg terbesar,SETUJU??contoh,cuba 'tulis dan search' nama perempuan..beribu malah berjuta gambar yg membuka aurat..DI padang pula....berlambak lambak lelaki yg membuka aurat..
                          Adakah ini teladan utk generasi yg akan datang??kita nak ke berakhirnya dunia iaitu KIAMAT dlm keadaan begini??cuba kita renung2kan..wajarkah perbuatan kita ni..kita jangan fikir nak jaga\sedapkan hati manusia je,kita sepatutnya fikir utk mendapat REDHO Allah...alangkah baiknya jika dapat menjaga kedua dua hubungan antara Allah dan juga makhluk yg lain...