nuffnang

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH

Wednesday, November 11, 2015

Kewajipan menutup aurat.

Assalamualaikum w.b.t



Aurat ialah sesuatu bahagian tubuh badan yang wajib ditutup daripada pandangan ajnabi atau bukan mahram. Lelaki dari pusat hingga ke lutut dan wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. 

Dalil daripada AL-QUR'AN

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Kenapa kita tak boleh istiqamah dalam menutup aurat? Mungkin
1-tidak ikhlas mengerjakan ibadah sebelum ni
2-tiada doa untuknya
3-kurang didikan agama
4-tak sampai seru(hidayah)
5-kurang galakan pemimpin/keluarga/rakan2
Betulkah semua kemungkinan tersebut? Pendapat saya lah, semua tu betul tapi yang semua itu tak akan terjadi kalau diri sendiri tak mahu ubah, tak mahu cuba. Jangan anggap diri tu lemah, kalau lemah mana mungkin dapat menjadi khalifah di muka bumi ni.

Percayalah yang lelaki tidak suka wanita bukan mahram menunjukkan aurat kepadanya. Seriously?? Tapi he suka je, he galakan je ai pakai seksi2, he cakap ai seksi mengacam cikicikiboom gituu. Itu bukan lelaki tu, tapi nafsunya yang sedang berkata kata, belum ditambah dengan hasutan syaitan lagi.

Eleh kau laki, senang la cakap pasal aurat. Kena tutup pusat hingga lutut je pon. Alhamdulillah, kami bersyukur tentangnya tapi kamu semua yang telah menyusahkan kami yakni ketua keluarga. Lihat kamu seperti tersebut secara terangan tanpa menegur telah menarik kami sekali ke neraka Allah nauzubillah. Ketahuilah, pahala mudah tuk anda perolehi kerana setiap aurat yang susah untuk dijaga tersebut dikira, setiap titik peluh yang mengalir itu dikira, seurat rambut yang disimpan itu dikira.

Di sekolah, alhamdulillah boleh memakai pakaian yang menutup aurat. Sebab undang2 dunia tapi kenapa di menara gading tidak macam tu? Sebab undang2 dunia tidak sehebat undang2 akhirat. Lakukannya kerana akhirat bukan kerana dunia. Dunia hanya sementara, hanya jambatan kepada akhirat. Utamakan akhirat, in sha Allah dunia akan menjadi jambatan paling utuh. 

Simpanlah aurat dan mahkotamh untuk orang yang berhak, orang yang layak. It priceless. Mahalkan diri saudari, jangan yakin dan mudah memberi kepada lelaki yang belum pasti. Doa lah supaya dilindungi. Berubah lillahi taala dan diri sendiri. Takutkan azab neraka. Ikuti sunnah Rasulullah SAW. Berbaktilah kepada ibubapa

Jaga diri. Jaga mata. Jaga hati

Wallahualam~

No comments: